Friday, January 05, 2007

Kisah malas ke sekolah...

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh
pagi. Salam masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk
ke sekolah.
Ibu: Salam. Salam.bangun nak, pergi
sekolah, nanti kamu terlambat.
Salam: Alah emak. Salam tidak mahu
pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?!
Baik. Salam berikan emak dua sebab
mengapa Salam tidak mahu ke sekolah.
Salam: Semua murid-murid tidak suka
Salam. Guru-guru di sekolah pun tidak
suka pada Salam!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salam untuk
tidak ke sekolah.Cepat, bangun
sekarang!
Salam: Baiklah, sekarang emak pula
berikan Salam dua s ebab mengapa Salam
mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh...eh... bertuah punya anak!
Salam dengar baik-baik,
Pertama Salam sudah berusia lima puluh
tahun.
Kedua Salam PENGETUA SEKOLAH!!!!!!


Kisah Steven Spielberg

Seorang Pelancong Cina masuk kedalam
sebuah bar di Hawaii dan dia amat
terperanjat kerana didalamnya terdapat
Steven Spielberg! Pengarah filem yang
ternama. Sedang dia enak menikmati
minumannya tiba-tiba beliau melihat
pengarah filem tersebut meluru
kepadanya dan melepaskan sebiji
penumbuk.
Setelah bangun dari duduknya, beliau
menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku
ni?"
Pengarah filem tersebut berkata," Itu
sebagai balasan di atas pengeboman
Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa
tu".
Cina tersebut membantah. "Aku bangsa
Cina laa bodoh! apa kena mengena
dengan Jepun pulak?" Pengarah filem
tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina,
Burma, Vietnam, semua sama aje!"
Keadaan kembali reda selepas itu.
Setelah memesan sebotol beer lagi,
Lelaki Cina tadi terus meluru kepada
Pengarah filem dan memberi satu
tumbukan yang padu.
"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?"
balas sang pengarah filem.
"Itu sebagai balasan kerana
menenggelamkan Titanic, moyang aku ada
dalam kapal tu dan mati" balas Cina
tadi.
"Hey budak! Titanic tenggelam pasal
Iceberg laa bodoh..!" jerit sang
pengarah lagi.
"Aaahh! Iceberg, Carlsberg,
Spielberg... korang semua sama aje!!!

dicopy n dipaste oleh::

t0uD0u N40m!