Thursday, June 10, 2010

SEMESTER 1, 2010/2011, 2nd YEAR DI UIA NILAI

bismillah
alhamdulillah masih lagi bernafas untuk menyambung belajar di cfs iium nilai ini..
sem ini agak rilek -kononnya- kerana contact hours untuk seminggu hanyalah 14 jam
tapi aku rasa macam melebih-lebih pun ada juga..tak apalah..layankan sahaja

aku duduk dengan budak dorm lama aku, 5 orang dan selebihnya budak dorm baru.
aku malas nak cerita perihal budak dorm baru aku.menjengkelkan kadang-kadang.
aku cuba memupuk sifat sabar tahap tinggi pabila berada satu lantai dengan mereka.
taaruf dorm pun aku fly.aku merayau dan melepak bersama kawan lama aku.haha
oh ya,aku jadi AJK IBADAH secara tiba-tiba.siot betul budak-budak inii.hahah.
ujian dan dugaan betul.moga Allah redha.

tentang perang dingin.
aku tak tahu siapa bengang dengan siapa dahulu.hahaha.
tapi budak itu memang aku kurang senang dengannya waktu first sem dahulu..
dan aku tak faham kenapa dia cakap "padan muka" pada aku bila aku secara tak sengaja jatuhkan buku nahu dan sorof dia isnin lepas..
dia ingat aku ada masa hendak bergurau-gurau dengan dia waktu itu.memang aku tak layanlah penyakit hatian dia terhadap aku..
-waktu itu aku serabut dengan pengurusan jadual dan kelas yang bertukar-

alhamdulillah aku tak sama kelas dengan dia dahhhh....
kecuali untuk satu kelas sahajalah..tak apa.tak terkesan pada aku punnnn....

semester ini aku belajar nahu,sorof,kitabah -penulisan-, INTRO TO HUMAN SCIENCE,COMPUTER.
heaven jugalah belajar core course sem ini.semua lecturer mantap.cakap arab 24jam
memang terngangalah kann..tapi faham jugalah sikit..ada nama ustaz itu, ustaz majid.ajar aku nahu.seronok jugalah dia mengajar.sense of humour tinggi.
aku rasa budak kelas aku tak boleh panggil aku majid dah waktu kelas nahu.nanti ustaz itu perasan pula... T_T

aku online facebook 30minit sahaja kalau weekdays di uia.haha.
internet di uia agak mengundang kesakit hatian yang mendalam.maka sebab itulah setengah jam sahaja diperuntukkan untuk bermuka buku.
itu sahajalah aku nak update untuk awal kemasukan aku ke uia ini.
mak aku dah pesan baca buku,dah nak periksa katanya.padahal waktu itu aku tak habis unpack barang lagi.mak aku memang advanced.

p/s: rm500 baiiii..ahaha.simpan!

JZKK FOR READING.
TAK ADA BENDA YANG MENARIK PUNNNN...
moga Allah redha.