jeles.
bismillah
orang kata tak baik jeles.
aku cakap,aku nak juga merasa nikmat jeles ni.
jeles itu nikmat ke?
haishh..sedih,gembira,sakit hati,dan segala macam perasaan itu adalah nikmat.
alhamdulillah.Allah bagi semua nikmat itu pada kita.
tipulah kalau aku tak jeles.
aku jeles sekejap sahaja.betul.sebab aku pelupa.aku akan lupa apa hal aku jeles.maka tidaklah berpanjangan jeles aku itu dan aku tinggalkannya kerana banyak kerja lain aku boleh buat lagi daripada jeles.
ohh..
aku jeles.
jeles tengok kau,kau dan kau.
tak pernah la aku nak tengok kelebihan diri aku melainkan kelemahan belaka.maka terbitlah rasa jeles dalam kalangan sahabat aku..
kau pandai,ramai orang suka,ramai orang senang hati dengan kau,peramah,baik dan segala stok mahmudah sahaja aku lemparkan pada kau..
bila tengok diri sendiri,
hmmph!mengutuk dan mengeji diri sendiri.
sampai tak nampak kelebihan diri.
entah apa-apa kan?melebih-lebih!
selalu sahaja aku cuba memikirkan yang positif untuk diri.
untuk ke hadapan.
untuk lebih maju.
untuk lebih dekat.
dekat dengan Dia.
ya.
Dia.
-aku tak pasti sama ada aku telah mencintaiNya tetapi yang aku pasti aku telah memulakan langkah untuk mencintaiNya.insyaAllah-
orang kekadang memuji diri.
astaghfirullah.sesungguhnya puji-pujian itu hanyalah untuk Allah.
orang mengutuk diri.
insyaAllah itu semua kritikan membina.untuk membina sahsiah yang solehah.anak yang solehah.sesungguhnya doa anak yang soleh itu adalah bekalan untuk ibu bapa di alam seterusnya,alam barzakh.
that's why i'm aiming to become solehah.
aku tak boleh cakap aku dah solehah.NO.A BIG NO WITH CAPITAL 'N' and 'O'.
tapi aku pasti aku sudah memulakan langkah untuk ke arah itu.
sungguh.insyaAllah.dengan bantuan dia.
mujahadah diri.ohh..sukar sungguh..pahit nya..tak apa..syurga itu manis kan?
=)
-seriously tears are falling down while i'm typing this..haha.biarlah!-
masih lemah.
lemah dalam pelajaran.
tak apa.Allah tolong kalau kita tolong agama Allah.
positive minded.
lemah dalam komunikasi.
tak apa.belajar dari pengalaman orang lain.get involve with friends.
positive minded.lagi.
lemah dalam mendekatkan diri kepadaNya.
tak apa.amalkan apa yang dah dibaca,dinasihat.ada qiam,pergi.kawan ajak pergi ta'lim,pergi.berlaku ihsan.
dan positive minded lagi.
positive minded yang membuahkan hasil.
aku baca,aku cuba fahamkan,dan aku cuba berpanjangan jauh.
ada aku baca fasal tidur lepas subuh,lepas asar.
dulu selalu sangat tidur lepas subuh,asar.
pantang ada masa sikit lepas subuh,terus tidur.
but then,alhamdulillah,dengan sedikit mujahadah,dengan pertolongan Dia,for sure, rasa nak tidur lepas subuh tu dah tak ada.hilang!
rasa rugi.rugi.rugi.rugi!
rugi tidur lepas subuh.
waktu rezki tuuu..
Nabi Muhammad S.A.W recites Quran after subuh until the sunrise.
kata cinta,rindu kekasih Allah ni..
kenapa tak buat apa yang dia buat?
buat apa yang terdayalah kann.
dia baca al Quran lepas subuh.takkan kita tak boleh.peh.bohong la tak boleh.
kuatkan diri.boleh punya.insyaAllah.
As-Syahid Imam Hassan al Banna mengaji dari pukul 6-7 pagi..lepas tu, 7-8 dia belajar..lepas pukul 8 tu aku tak tahu dia buat apa..aku tahu pun dari buku Cinta di Rumah Hassan al-Banna (a MUST READ BOOK)
admire dia.pejuang Islam tuu.
SANGAT BAGUS.
may Allah bless him.
pengaduan yang tak puas.
tak puas do mengadu pada manusia.serius.rasa masih terbuku lagi di hati.
yang paling sedap tempat untuk mengadu adalah Dia.Maha Mendengar tu wehh..tak ke seronok tu?setia dengar.SANGAT SETIA..
but still kita buat lagi dosa,mungkar.mengadu balik.
manusia.memang.tak lepas dari buat dosa.
tak apa.taubat.DIA MAHA MENERIMA TAUBAT.
insyaAllah.
-i can say I LOVE YOU TO ALLAH only.faqot.-
ini semua coretan dari hati.hati yang berbolak balik.hati yang ingin diperbaharui.ingin mencari hati yang baru.hati yang sentiasa mengingati Dia.ya Allah,permudahkanlah!
p/s:rasa tak layak.tak layak langsung berkawan dengan orang hebat-hebat.tapi nak juga jadi hebat.hebat duniawi dan ukhrawi.demi akhirat,betapa berat,ditempuh jua.