Friday, October 22, 2010

i know it's lame.but.whatever.sukahati akulahh.



semuanya dengan kau

semuanya dengan kau
aku pilih kau
untuk ketawa dengan kau
menangis,berkongsi dan juga berjimba dengan kau

kita bukan kakak dan adik
apatah lagi kembar sepasang
tapi atas dasar ukhuwwah itu
kau dan aku selalu bersama
semua bersama

kau suka
aku suka
lagak kita biasa
tapi bicara sahaja hal hal yang luar biasa
mata mata memandang pelik,jelik terhadap kita
dan kita?
seperti biasa
"persetan itu semua!"
kerana kita faham kita
kita faham apa yang kita hamburkan
malah
sunyi sepi antara kita juga kita sangat maklum apa maksudnya.

kerja gila itu
kerja seronok itu
dilakukan bersama
semuanya dengan kau
akibatnya juga,tanggung bersama

kini kau jauh
aku jauh
tapi hubungan itu tetap erat.
sangat erat.
kerana kita
selalu bersama
walaupun tidak selantai,sebumbung.
ukhuwah itu tetap terasa.
macam madu,bahkan lebih.manis!

kau bersyukur dapat kawan macam aku
aku lagi bersyukur dapat kawan macam kau
kita sama.sangat sama
sangat biasa.
ukhuwah ini yang membuatkan kita luar biasa.
indah sungguh nikmat ini kurniaan Dia.
nikmat sahabat.
nikmat berukhuwah.

terima kasih kerana selalu bersama
semuanya bersama.
bersama dengan kau

ini fasal kau ok..

thank you.