Tuesday, December 07, 2010

penterjemahan

Sheikh Nabil Ali Al Awadhiy.
assignment.group work.
15 markah mungkin.
kena terjemah.
dengar khutbah,pilih 3 cerita, salin apa yang didengar,translate!
lebih 10 kali dengar khutbah.
tapi bukan macam khutbah jumaat tu.
dalam khutbah tu,ada banyakkk cerita.
cerita teladan la.
kisah nabi,kisah wanita dan doktor,kisah orang majusi la apa laa..
nama khotib tu, Sheikh Nabil Ali Al Awadhiy.dari Kuwait,umur 40 tahun.
suara dia macam Ustaz Zahazan.hihiih
aku pilih kisah nabi ibrahim
serius pening.
tapi senang sahaja nak translate,kalau vocab kau banyakk laa kann..
dan seronok.
guna kamus mawreed.peh.mantop.

dan aku rasa nak muntah baca terjemahan sendiri.
sobsobsob.
ini hasilnya:
KISAH NABI IBRAHIM ‘ALAIHIS SALAAM

Umurnya pada ketika itu 16 tahun. Walaupun umurnya masih muda namun hatinya dipenuhi dengan keimanan,keyakinan dan ketakwaan kepada ALLAH. Baginda memusnahkan berhala – berhala dan tidak mempedulikannya. Baginda mengajak mereka beriman kepada Allah dan mereka juga tidak mempedulikan ajakan baginda. Maka berkatalah penyembah – penyembah berhala , “ Bakarlah dia dan bantulah tuhan – tuhan kamu jika kamu benar – benar hendak berbuat demikian.” – Surah al Anbiya’ ayat 68. Cukup sebulan, para penyembah berhala mengumpul kayu – kayu api hanya untuk membakar Nabi Ibrahim dan mengikat baginda dengan besi. Dalam tempoh sebulan itu, mereka mempersembahkan kepada berhala – berhala mereka dengan mengumpulkan kayu – kayu. Walaupun belum sampai hari yang telah dijanjikan, masyarakat telah berkumpul dan di antara mereka adalah ayah dan ibu Nabi Ibrahim untuk menunggu pembakaran Nabi Ibrahim. Baginda tidak dapat bergerak ke mana – mana. Api marak menyala dan andainya seekor burung yang terbang di atasnya akan jatuh kerana kepanasan api tersebut. Muncullah Jibril a.s, penghulu sekalian malaikat dan berkata kepada Nabi Ibrahim. “ Wahai Ibrahim, Allah berkehendak ke atas kamu. Kejayaan belum lagi milik kamu, akan tetapi kemenangan yang hakiki adalah dengan kembali kepada Allah. Maka benarlah. Dan malaikat berbicara dengan Tuhannya di langit, “ Ya Allah, ini kekasihMu.” Dan Allah berkata kepada mereka,” Tiadalah di bumi ini seorang kekasih yang lain seumpama dengan baginda.” Malaikat berkata,” Adakah Kau akan memberi kemenangan kepadaku wahai Tuhanku?” Allah berkata, “ Ya, ini antara aku dan kekasih-Ku.” Maka Nabi Ibrahim berterus – terusan berzikir kepada Allah dengan menyebut," cukuplah Allah sebaik – baik penjaga." Kemudian Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api yang menjulang – julang dan semua yang berada di situ berdiri di tempat masing – masing. Mereka menunggu bagaimana pemuda kecil itu akan terbakar. Sebelum baginda dicampak ke dalam api, Allah berfirman di dalam Surah Anbiya’ ayat 69: “Kami (Allah) berfirman: Wahai api! Jadilah kamu dingin, dan penyelamat bagi Ibrahim.” Kemudian Nabi Ibrahim bangun dan badannya selamat daripada menjadi abu. Baginda kemudian mengagung – agungkan Allah dan berselawat ke atasNya. Allah berfirman, “Dan mereka hendak berbuat jahat terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka itu orang yang paling rugi.”


Saturday, December 04, 2010

bahasa arab dalam rumi.

fi hammin.
la yujad as syakhs fil fahmi anni
astakhdimu lughotul aakhar liyur'adhu syu'urii
aiqontu annasul lazi yaqra' hazihil maqolah fa' fuanni
liannani fii hazinah wa lastu fil farhi
asy'uru hum sayafrahuun indal mauta ya'tii
wa fi zaalikal waqt,kullun fi haziinati awil saadatii?
a'taqidu hum yuhibbuna bi zihaabi
fa hum fi aaaman fi kulli saati
wa ana?
lastu bil a'rifi.
lianni
lastu fi hazal aalami..

serius aku taip sajak ni dohhhhhhhh
tak faham?
I LIKEEEEEEEEEE
[hasil daripada pembelajaran adab wa nusus,aku semakin suka syair arab.emo habis dan cunnnnnnn!]

p/s:dont use google translator..nahu sorof aku berterabur dalam ni..tapi ini sajak sedih.haha dan aku tak faham kenapa aku 'haha' sebentar tadi.


Thursday, December 02, 2010

aku rasa.

aku rasa dol.
sekian.

-dengar luahan orang serius senang.nak luah diri sendiri punya?aku nak sahaja jumpa pakar psikologi.-


Monday, November 29, 2010

RIF PAIN

dalam tempoh 2 tahun di uia,
first time aku ke klinik.
sakit bai

doktor:awak sakit apa?
aku: dari malam tadi saya sakit perut.tak tidur.
doktor:cirit birit?
aku: tak
doktor: kencing lawas tak?
aku: -angguk-
doktor: senggugut ke?
aku: tak
doktor: sakit belah mana?
aku: kanan.
doktor:ha??????-buat muka cuak- tu apendix tu...
aku: -beri muka tiada perasaan-

lepas tu,dia cakap,kemungkinan besar apendix lepaas dia dah tekan perut aku.
sakit yang amat.

doktor: kalau lagi dua hari awak rasa sakit lagi,datang balik klinik.ok wani?
aku: ok2....-apahal dia panggil aku wani...heeeiiiiiiiii-
doktor:awak nak MC tak?
aku:nak.....-mwahaha-

RIF PAIN-tercatit di atas sijil cuti sakit aku tu-
rif pain-right iliac fossa pain.
suspek apendix sahajaaaaa..

dah lah nak exam..dugaan betul..
kafarah dosa..tak apa.tak apa.

p/s:post di bawah yang emo..dan masih emo lagi...screw me.

Sunday, November 28, 2010

ini blog aku.sukahati akulah nak emo ke apa.tak suka?blah!

kau tak payah pura pura jadi kawan aku.
kau boleh blah.

aku nak beri tepukan sebab kau berjaya buat aku menyampah dekat kau.
bertahun lamanya aku tak menyampah dengan kau,
sekarang.baru aku menyampah.
sebab kau buat aku emo.haaaaaa.
padanlah muka.
aku dah sakit hati,memang susah la aku nak cool balik.

aku tak cool.maka?
macamlahhh aku kisahhh

kau dengan cool kau,dengan kebijaksanaan kau,dengan kepandaian kau,dengan keramahan kau,boleh pergi mati.
aku tak desperate lah nak kawan dengan kau.
kau pandai sangat kan?pergilah kawan dengan kawan kawan kau yang pandai lagi arif dalam segala benda tu.
aku tak pandai kan?ambil bahasa arab sahajaaaaa......manalah nak setanding dengan kauuu.


p/s: dan kau akan terus buat aku sakit hati..dan aku akan terus bagi tepukan.
dan aku harap kita terserempak di tengah jalan[walaupun sebelum ni tak pernah langsung terserempak], dan pura pura tidak mengenali antara satu sama lain.


Sunday, November 21, 2010

POST YANG TAK BAIK.SEBAB AKU tak baik macam kau.

perghh
aku tak sedar
banyak gila draft
tak berpost
hahah

draft2 yang dol aku rasa
semua draft entah apa-apa.
emo habis draft aku.
sebab tu tak post.hahaha
nanti ada yang terasa so aku malasss.
simpan seorang diri sudahh.

aku sekarang ni
kalau orang buat apa-apa dekat aku,kutuk aku ke apa,
aku macam "sukahati kaulah"
orang tak reply mesej aku yang serius penting pun aku dah tak kisah.
sukahati kaulah nak reply ke tak nak.
kekadang orang mesej aku pun tak selera pula aku nak balas.
hahaha.maaf.aku agak malas nak reply mesej sekarang ni.
malas nak tekan keypad
-oh,berapa banyak dah perkataan malas dihamburkan.-

kalau handset aku 'hilang' pun aku macam,
sukahati kaulah.
hahaha.orang sakitkan hati aku pun aku macam,
sukahati kaulah.aku malas layan.

aku dengar cerita orang pun,aku angguk2 sikit,
lepas tu dah.aku sambung buat kerja aku.
kerjalah sangattt..online sudah.

bilamana aku facebook+tumblr+buka website lain,
memang aku tak suka diganggu.
kalau borak dengan aku time aku tengah busy bekerja tuu,
50% sahaja aku dengar..tu pun aku akan lupa lepas tu.

SEBAB SEKARANG AKU MALAS NAK MELAYANNNNNNNNN
MAAFLAHHHH
JANGAN KACAU AKU DAH.
AKU SERABUT.
KALAU JUMPA AKU TENGAH JALAN,TAK TEGUR PUN TAK APA.
SERIUS AKU TAK KISAH.
KAU NAK LUPAKAN AKU PUN TAK APA.
AKU TAK KISAH TAHAP PETALA KE-8

ok dah.
maribaliknilai.

p/s:dorm adalah tempat aku menyendiri.maka sila respek privasi aku.
kalau aku duduk seorang diri,jangan datang dekat2.aku tak suka.sekian.

Monday, November 15, 2010

Hajat.


this.
is.
AWESOME.

entah bila aku boleh jejak di tempat penuh cahaya itu.
aku selalu google image tempat tu.
angau kan?ahah.
dah tak dapat pergi,tengok gambar sahajalah yang aku mampu.
gambar ni pun ihsan dari tumblr.
smarttttttt.

ok.tenang sudah.
tiap malam aku tengok gambar ni.
sob3.

aku tak ingat bila,
tapi.
dia minta aku teman ke kedai buku [favourite place ever]
aku tak ada duit nak beli,temankan sahajalahhh.
aku tengok dia beli buku tu......
dah lamaaaaaaaaa aku nak buku tu.
tergamak dia beli buku tu depan aku.
siap tanya-tanya aku lagi fasal buku tu
bukan dia tak tahu aku yang admire gila buku tu.
sedih sahaja akuuuuu tengok dia bayar buku tu.
dia dah beli.
aku yang naik gila nak buku tu,dia senang senang dapat.
sebab buku tu mahal..tapi sedappp.worth reading.

dia tak offer pun nak bagi pinjam ke apa.
sob3.
[aku pun tak minta nak pinjam.dol.]

p/s:ini draft dulu2 dan baru dipost sekarang.

Saturday, November 13, 2010

Perihal Satu Ayat.

Meneliti setiap kalimah yang ditulis dari kanan ke kiri. Tiap hari begitu rutin aku. Seronok. Lagi lagi Balaghah. Indah. Tersentuh. Tapi kalau dah tak faham.......ZzzZz. Bukan tidur. Mengelamun. Capai telefon bimbit. Taip mesej. Tersenyum sendirian. Yesss.. Date sudah diatur. Group discussion wajib dilaksanakan. Maklumlah, diri ini tak pandai. Serius. Kadang-kadang rasa nak keluar dari UIA. Ehh..kerja gila. Tak boleh! Jangan nak mengada-ngada. Fokus. Semester terakhir di Pusat Asasi ini.. Finish what you've started. Oh. Tentang Balaghah.

Yang palingggggggg aku tersentuh dan membuatkan aku rasa.........[undefined] adalah ayat ini:

إن مع العسر يسرا

ustaz tanya:

why does the word العسر comes with 'ال'?

why does it makrifah?

and why does the word يسرا comes without 'ال' ?

Diam. Sunyi. Semua mulut terkunci. Menunggu penerangan Ustaz Maad yang selanjutnya. Aku?

Aku teruja. Sebab Ustaz Maad menerangkan dengan keterujaan dia juga. Aku terikut 'excited' sama..

Ustaz sambung lagi..

“well..because with one difficulty,[العسر] Allah can solves it with manyyy different wayss [يسرا]”

Aku pandang ustaz. Pandang ayat itu semula. Hayati. Kutuk diri juga kenapa aku tak perasan sebelum sebelum ini. Arghh..

Tapi. Alhamdulillah aku dah tahu..

Aku tersentuh gila dengan ayat ni. Bergenang air mata aku[haha].

Subhanallah! Maha Suci Allah! Allahuakbar! Allah Maha Besar!

Sungguh Dia sayang hambaNya..kenapa hamba Dia ni masih tidak lagi bersyukur?

Lupa untuk bersyukur?[Lalai!]

Dia bagi satu kesusahan tapi Dia boleh selesaikan kesusahan/masalah kita dengan PELBAGAI cara.. Subhanallah.

nothing is impossible to Him-Ustaz Maad menambah.

Dah tu,kenapa kau bersedih lagi? Apa lagi yang tak cukup? Udara yang kau sedut saban waktu, tiap detik dan ketika, ada kau pernah ucap Alhamdulillah atas nikmat udara yang diberi percuma olehNya? Dia tak berkira langsung dengan kita. Kita? Berkira nak beribadah pada Dia. Banyak alasan. Banyak kekangan [kononnnya]. Poodaahh.. Kau ingat kau ada kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman? Sibuk benar ke? Sibuk sangat ke sampai nak bangun tengah malam,mengadu,mengharap padaNya pun jadi benda yang paling sukar? Ahh..manusia. Lalai!

KAU LALAI! KAU SOMBONG. EGO. BONGKAK.

Sedarlah diri tu sikit. Kau tu hamba. Hamba yang hina. Penuh dengan dosa. Siang dan malam. Kau tahu dosa kau banyak mana? Pahala kau banyak mana? Itu semua rahsia Allah. Kau beramal,beribadah, akan dicatit di kanan kau. Buat sebaliknya, kiri kaulah akan dipenuhi dengan catitan yang.........buruk. Nauzubillah!

Itu yang aku dapat serba sedikit dari satu ayat yang memang memberi kesannnn yang mendalam terhadap hati aku yang selalu lalai ni.

إن الله غفور الرحيم

iluvAllah.

Period.

p/s:peringatan untuk diri yang mudah lupa

[dan keinginan aku untuk ke tempat itu,sekali lagi,membuak-buak.hanya Allah sahaja yang tahu betapa mahunya aku ingin ke sana. Orang tak faham kenapa, tapi Allah tahu. Itu sudah cukup bagi aku. Ya robb,arjuuka ya robb.]





Wednesday, November 10, 2010

terima kasih

"g mati la dgn dia.aku tlg die,sikit pn xappreciate.bla la."

"terima kasih pun tak ucap.hampeh gila"

"semua aku dah buat untuk dia,tak reti nak berterima kasih ke?"

dan dialog dialog lain yang menunjukkan ketidak puas hatian dan tiada penghargaan terhadap seseorang yang bersusah payah menolong si susah.

dulu aku macam ni:
"kau cari aku time kau susah,bila kau senang,kau blah.g mam la woi"

sekarang aku macam ni:
"sukahati dialah.asalkan Allah tahu apa aku buat.Dia yang menerima amalan aku.sejauh mana aku ikhlas......"

ya.memang betul.
orang yang tak bersyukur pada manusia bererti dia juga tak bersyukur pada Allah..
setuju sangatttt...

tapi.
kalau dia terlupa nak ucap terima kasih,tak sempat ke apa....
bagaimana?
mungkin dia doakan kita lepas kita tolong dia itu ini.
mungkin dia belanja kita tanpa kita sedar itu balasan dia pada kita.
mungkin dia rasa kita tak perlukan ucapan terima kasih itu.
itu semua kemungkinan.
husnu zhon.hoho.

manusia ni nak dengar apa yang dia nak dengar.
bila kita dah tolong orang,sah sahlah kita nak dengar ucapan penghargaan dari orang tu.
betul tak?
kalau tak ucap terima kasih,tak beradab.
fikir kita.

tapi seberat mana pun mulut seseorang tu nak ucap terima kasih,
di lubuk hati dia yang paling dalam sudah teucap,
"terima kasih banyak banyak"
malah selepas minta pertolongan lagi dia dah ucap dalam hati dia.

hati manusia.siapa yang tahu melainkan Dia kan?
tapi melalui ekspresi muka,bahasa badan juga kita tahu dia menghargai kita.
muka ni menceritakan segala-galanya di dalam hati.
tak boleh bendung laaaa.aku tahu.
aku dah buat experiment.kahkahkah.

senyum,mengerdipkan mata,membongkokkan sedikit badan,kepala.
universal language in saying thank you.
setuju atau tak?
aku setuju.
tapi lebih bagus ucap sendiri dari mulut dan menggabungkannya dengan body language dan
ekspresi muka yang menyenangkan.

“Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak mensyukuri Allah”. (Hadith riwayat Ahmad dan At-Tirmizi. Kata Al-Albani: Sahih)


RINGANKAN MULUT UCAP TERIMA KASIH DAN MURAHKAN DIRI DENGAN SENYUMAN
maka,
TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG BERSABAR MELAYAN KERENAH AKU YANG....................
-you know-
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.
ALHAMDULILLAH

p/s:idea ini tetiba datang semasa di pembaringan sebelum ke kelas.aku nak tulis fasal balaghah sebenarnya,nanti2 laaaa.seronok baiiiiiii balaghah!touching habis aku belajar balaghah..sob3-serius!-

Sunday, November 07, 2010

Ini Post Semalam.6 Nov 2010.


2006



2009

point aku,
KAU DAH BESAR DAH WEH.
hahaha.
berubah!
baguslah.nampak kacak dan ganas.-ayat kau-
ingat nak post di fb kau,
tapi nanti timbul kontroversi apa pula kannn..
ahah.

ok dah.
aku nak taip pepanjang lagi,
tapi.
entah.tak nak pula.
haha.gedik pula.
apa2 sahajalahhh.period.
sanah helwah,
otanjoubi omedeto,
eid milad saiid,
HB,SHJ.
moga jadi anak,hamba dan doktor yang soleh.
abadan abada.

may Allah bless.

p/s:.........................................................
-tak payahlah kau nak berdrama di blog kau waniii.simpannnnnnnn sendiri sudahhh-






Saturday, October 30, 2010



"pointer kau tinggi.tak nak kawan kau," ujar aku dengan nada yang bergurau.

"eh,mana adalah weh..bla3," dan kawan aku macam biasalah,merendah diri so on and so forth.
padahal aku main2 sahajaaaa.........
tak ada aku buang tebiat tak nak kawan dengan sahabat2 yang bijak pandai.
itu merugikan diri adalah.
-tak pandai,buat cara tak pandai wani.....T_T-

malam tu, kawan aku tu mesej,
"Salam,majid..ko dgr tau pe yg aku nk kate..pointer xbrp pntg,
even dean list pn.yg pntg ilmu yg kite belaja selama ni smga diberkati Allah..
insyaAllah. jd,jgn risau klau pnter sket,yg pntg kite kaut byk2 ilmu dan brsyukur dgnNya
ssungguhnya Allah akan mengangkat darjat org yg mnuntut ilmu..just nk kgsi je dgn kau..
hehe.salam tazkirah jumaat~ p/s: ko jgn benci aku tau.huhu..""

haha.aku bukan rapat pun dengan kawan aku ni,
tapi memang terharulah dapat kawan macam dia.
mesej dia memang terkesanlah di hati aku ni..tapi aku tak reply pun.haha.
aku dah nak tidur time tu.memanglah.

betullah apa yang dia sampaikan pada aku tu...
even ustazah mazlina -ajar aku Nahu- cakap,
jangan niat belajar sebab nak kerja ke nak apa.
niat lillahi ta'ala..buat segala kerja niat lillahi ta'ala
Allah hanya menerima orang yang ikhlas sahaja..


-ustazah beri tazkirah ni waktu first class dengan dia baru2 ni,
nak menangis aku dengar tazkirah pendek dia..serius terkesan.
dan harapannya terkesanlah sampai bila2.insyaAllah-

oh ya.
aku jeles dengar cerita kawan aku.
bukan jeles apa.haha.
dia cerita dia ada kawan di jordan.
waktu kawan dia nak balik malaysia,
kawan dia tanya dia, "awak nak saya belikan apa2 tak?kamus ke,apa ke.kan awak ambil kos bahasa arab,mesti nak guna kamus2 kan?"
dia cakap,dia tak rapat pun dengan kawan dia.....tapi kawan dia tu,..........BAIK SANGAT.
aku dengar cerita dia pun,aku yang terharu.ahah
-sebab aku nak juga beli kamus ke buku2 rujukan arab yang ustazah rekemenkan.tapi tak ada di Malaysialah kannn..T___T-
adakah disebabkan kawan dia perempuan,maka dia BAIK SANGAT?
kalau dah baik,baik jugalah...tak kira lelaki atau perempuan.
asalkan niat tu,ikhlas.
kalau ikhlas,tak kisah apa dahh.
ada Allah sahaja dalam hati.

dan.ya aku jeles.ahh.sukahatilahh.

sekarang dah final sem.
-insyaAllah final sem di uia nilai ni!!!-
5 subjek:
-Al Adab wa Nusus
-Maharatul Istima' wa Muhadathah
-Balaghah
-Creative and Critical Thinking(cct)
-Asasiyyat kitabatul bahsil i'lmi wa taqriril bahsi
(basic method research and report writing,BMW)

result sem lepas=T___________T
membuatkan aku,inferior tahap gaban.ahaha.
dah.
aku puas menaip di sini
sebab tak ada orang baca.hahaha.

p/s: "mak nak pergi mesir,jordan bolehhh???"
"kau nak buat apa pergi sana?"
"nak beli buku."
mak aku=O_o "suruhlah kawan kau belikan"
aku=T_______T
terima kasih sahajalahhhh..

aku malas layan kau dah.

Friday, October 22, 2010

i know it's lame.but.whatever.sukahati akulahh.



semuanya dengan kau

semuanya dengan kau
aku pilih kau
untuk ketawa dengan kau
menangis,berkongsi dan juga berjimba dengan kau

kita bukan kakak dan adik
apatah lagi kembar sepasang
tapi atas dasar ukhuwwah itu
kau dan aku selalu bersama
semua bersama

kau suka
aku suka
lagak kita biasa
tapi bicara sahaja hal hal yang luar biasa
mata mata memandang pelik,jelik terhadap kita
dan kita?
seperti biasa
"persetan itu semua!"
kerana kita faham kita
kita faham apa yang kita hamburkan
malah
sunyi sepi antara kita juga kita sangat maklum apa maksudnya.

kerja gila itu
kerja seronok itu
dilakukan bersama
semuanya dengan kau
akibatnya juga,tanggung bersama

kini kau jauh
aku jauh
tapi hubungan itu tetap erat.
sangat erat.
kerana kita
selalu bersama
walaupun tidak selantai,sebumbung.
ukhuwah itu tetap terasa.
macam madu,bahkan lebih.manis!

kau bersyukur dapat kawan macam aku
aku lagi bersyukur dapat kawan macam kau
kita sama.sangat sama
sangat biasa.
ukhuwah ini yang membuatkan kita luar biasa.
indah sungguh nikmat ini kurniaan Dia.
nikmat sahabat.
nikmat berukhuwah.

terima kasih kerana selalu bersama
semuanya bersama.
bersama dengan kau

ini fasal kau ok..

thank you.

Sunday, October 17, 2010

this should be written LAST YEAR.dan ini POST YANG PANJANG.


date:september 14.

tetiba aku rasa nak tulis benda ni sekarang

sepatutnya tahun lepas lagi aku tulis ni
tapi,apakan daya.
akuselalutumpas.
isk3

-biarlah aku nak nangis pun.it's not a crime..wekkkk-

aku ingat lagi waktu tu.
sangat ingat.
macam semalam sahaja benda ini berlaku.
sedih weh.tak pernah aku rasa sedih macam ni.serius
konon konon tak nak menangis
konon kuat.bajet kuat.ah.blah la.
tumpas juga kau akhirnya wani.

apahal sedih sangat?
entahhhh..sedih sahajalah
dah hati ni nak sedih,takkan aku nak terkinja kinja menafikan benda yang sudah terang lagi bersuluh oleh obor Olimpik?
-merepek kejap-

kau tengah cakap apa ni wani?
aku cakap fasal abul pergi mesir.
ha.
direct aku cakap.

aku dengan qienah.
lepak di UIA berdua sahaja.
waktu tu bulan puasa.
kita buat projek untuk abul.haha.
buat so-called movie,ucapan semua tu la.
time buat benda tu,tak sedih pun.
gelak ketawa lagi.macam,tak ada apa apa.
enjoy berdua.

lepas tu,kemas kemas.
abul bertolak pagi buta.
aku dengan qienah bertolak malam 13 september 2009 tu.lepas isya'.
kantoi tak terawih.ahaha.
naik teksi,then bas.
kami di nilai kann.maka senanglah nak pergi klia.
Allah permudahkan segala pergerakan kami.hehe.
first time naik bas pergi KLIA.
semua tu demi sahabat.
-ok.aku sedih.diam kau-

aku gebang abul,cakap aku tak datang.haha.
aku tak tahu abul percaya ke tak.lantaklah kan.
sampai di KLIA,round2.
lepas tu bosan,lepak surau.
aku serius ngantuk gila.
lepas tu tidur kesejukann..arghh.
dah pukul 1 pagi.
abul cakap dah sampai KLIA.
perghh.aku pula berdebar apahal?
hahaha.aku dengan qienah siap siap nak naik atas.balai berlepas.something like that.aku lupa dah.
ahah.

naik escalator,pehhhhhhhhh.
ramai gila budak nak fly!
aku dengan qienah,
"weh,aku jeles,aku jeles.budak ni pandai do"
semua pakai blazer n such.aku macam.wow.
muka pandai2 blake.
hahah.
misi seterusnya,cari abul.

pusing pusing pusing
adess.mana abul do?
lepas tu qienah,
"WANI!"
"apahal?"
"abul!hensem gila"
-terkesima-"
"gila kau semattt do."
n the rest is history.
i mean the conversation la.haha

abul tengah borak dengan pakcik dia kalau tak silap aku.
guntur,shahmi,safwan dengan arwah nik amri pun ada........
aku hanya mampu tersengih.
haha.sebab aku gebang abul.dol.

lepas tu
-aku lupa.hahahhah-
yang aku ingat,pusing pusing sekitar klia tu dengan abul n da gang.
ambil ambil gambar.biasalahhhh kann
superstar hari ni.haha.
maksud aku hari tu.

aku dengan qienah ada barang nak bagi abul.
tapi aku tak tahu bila nak bagi.
haha.abul pergi cek in barang.
time tu kot aku bagi dia.
aiseh.sebak tu dah datang.oh man.haha.

then sahur.
roti putih.
errr..serius aku tak selera.minum air sudah.bekalan dari nilai.hehe.
qienah bawa roti planta+gula.aku bawa air.
oklah tu kan.

semua budak jpa kena attend taklimat terakhir.adehhh.
time tu laaaaa sedih gila.
shahmi n da gang blah dulu dah.
aiyo.apa laaa.aku tak faham kenapa mereka tak tunggu.sedih sangaatttt agaknya.
then,abul fikri dah terpisat2.
dia nangislah bai.
aku ok lagi sikit.haha.
then ambil gambar dengan abul
qienah,abul,aku.
-nostalgia gila weh-
abul buat posing gila maut macam nak kena sepak dengan aku.hahah.suka hati kau.

then.the time has come.
he shall be gone.
eceh.dia nak fly sudah.
ok.aku dah bergenang.
qienah pun aku rasa sama juga.
ayah abul tengok sahaja abul dengar taklimat.
aku mencari cari.ohhh.beg besar tu.
abul.senang betul cari kau.hahah.

masa untuk fly.
mereka bebudak mesir turun escalator.
aku dengan qienah menebing.oh yes
aku dah start sedu sedan.
kah3.
tumpas weh.what the?
ehhh.ingat senang aku nak tumpas?no way man.
tapi hari tu,memang aku tumpas gila gila.
qienah pun dah tercarut carut suruh aku berhenti menangis.aku gelak+nangis.
hahahah.
ambil gambar abul macam stalker.
suruh abul beratur belakangggg.
aiseh.tak boleh juga.dia tetap maju.maju.
dan maju.akhirnya hilang dari pandangan.
man,this is so sad even though a year has past.

qienah mesej/call abul entah
kalau dah nak fly,beritahu.
kami nak solat subuh.huhuhu
solat subuhku yang tersedu sedan.
lemah betul aku hari tu.
then abul call lepas kami usai solat subuh.
call ke msej?once again,aku lupa.haha.nvm
kami berlari ke (apa nama tempat tu?aku lupaaa.tengok kapalterbang belepas tuuu.aiseh.lupa2)

tapi kami berlari.macam dalam drama.
adeh.airmata tak pernah surut.
mudah betul aku nangis hari tu.aha.
qienah cakap, "sedih betul kau ni wani."
then,abul call,qienah cakap.
aku tak boleh nak cakap.
serius.

to make it short,
abul akhirnya pergi jua.
pergi ke mesir,ardhu kinanah.
638am,14/9/2009.
"aku gerak dulu"
-mesej terakhir kau abul-

then.terduduk aku.
-padahal memang duduk sahaja pun.haha-
nak balik,macam sesat pula.
aku memang dah tak boleh fikir apa dah.
qienah sahaja cari jalan keluar.
hahah.pusing pusing.
tak jumpa.
then aku macam flashback balik masa sampai klia malam tu,cari pintu tu,then jumpa la jalan pulang.
otw ke uia,
naik teksi.
-dalam bas aku tidur.letih oh-
phone pakcik teksi tu berbunyi.
nak tahu lagu apa?
Mantera Beradu.
aku yang dah elok tak nangis,
nangis balik.aku pandang qienah,
lepas tu aku berjurai.hahah.
cover sikitlahh.sebab ada penumpang lagi seorang.heheh.
pakcik tu pun satu la.apahal la lagu Mantera Beradu tu juga jadi ringtone dia.
adakah ini semua setup??????
ceitt.

balik dorm,
aku dengan qienah penat.
baring baring.
tidur.aku tidur dengan airmata
cehhhh.hahah.
gaya macam apa sahaja.
hari tu juga,
aku dengan qienah pulang ke rumah masing masing bagi persiapan hari raya pula.
erkk.
mata aku bengkak do.hahha
nasib baik ada speck untuk cover.mantapp.

balik rumah,aku cerita pada mak aku.
mak aku pula sayu.hahaha.
tapi tak nangis.aku yang cerita,aku nangis.
what the???????
ok.dah.

14.9.2009
aku tak pernah menangis sebegini rupa.
hahahahahahha.

p/s:oh shoot.the tears are still here while im typing this post!

abul dalam cerita di atas adalah Abul Akmal Arif
qienah dalam cerita di atas adalah Nourul Syaqienah
aku dalam cerita di atas adalah,aku yang tumpas....isk3.

Wednesday, October 13, 2010

-tak ada tajuk-



the thing is,
i dont tell.
unlike the old days.

i told a lot.

a lot that i've annoyed you.

now?the present?

no more telling.
susah baii.

haha. kthxsalam.



aku suka ni.hahahah.

Tuesday, October 12, 2010

musim gaduh ke?haha.(better tak payah baca kalau tak suka aku emo -sekejappp-)

cari gaduh dengan aku.
respon aku?
ohhhhhh
malas layan.

aku tak tahu apa dosa aku pada kau.
kalau ada,
afwan ma fa'altu.
aku dah penat nak 'gaduh' .
eh,memang tak pernahlah nak cakap baik-baik dengan aku.
dengan orang lain boleh pula ya.
apa yang aku cakap semua salah.haha.funnny.
kalau aku bagi fakta pun,tentu sahaja dikritik.
pehhh.elok sangatlah aku diam.
-lap air mata.hahha-
-gediklah kau wani.ahha-


wani,sila diam.

-ok-

~aku terpaksa buat begini untuk meredakan hati aku.~
tak puas hati?
sungguhlah aku tak kisah

p/s:loser sangat ke promote blog sendiri?is it a crime?




Monday, October 11, 2010

Friday, October 08, 2010

terrorist.


MANTOP
bismillah
currently reading a newly bought book by Dr Zakir Naik,
anak murid Allahyarham Ahmad Deedat.

Ahmad Deedat to Zakir Naik: "Wahai anak muda, kamu hanya mengambil masa selama 4 tahun untuk mencapai apa yang saya dapat capai dalam tempoh 40 tahun. Alhamdulillah"
ok.back to the topic.

aku cuma nak kongsi satu benda.
TERRORIST.
muslim=terrorist.
dr Zakir Naik cakap, "setiap umat Islam mestilah menjadi seorang terrorist". Terrorist secara definisinya ialah, "someone who causes terror," yang bermaksud "seseorang yang menyebabkan berlakunya ketakutan.
"Apabila seseorang pencuri melihat seorang polis, dia ...akan berasa takut.Justeru bagi pencuri itu, polis tersebut adalah seorang terrorist (seseorang yang menyebabkan ketakutan)
Kita seharusnya memasukkan perasaan takut ke dalam hati orang2... yang merosakkan masyarakat. inilah apa yang disebutkan oleh Allah dalam surah al-Anfal ayat 60, "Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan2 berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu..."


nice sekalii.
dah.
itu sahaja.
at least kau dapat something di blog aku yang merapuuu niii.
kthxsalam
hahahah

Wednesday, October 06, 2010

LOVE?whoa.






yeah
you
can
say
that
I'M AFRAID TO
FALL IN
LOVE WITH guys.

but with cats.sure.hehehe




whatever.cut the crap.

p/s: belum masanya dol!entah apa-apa.

Saturday, October 02, 2010

DUDE.I'M IN GREAT GRIEF..T_T

salam
bismillah.

asalnya aku nak taip benda lain,
tapi aku nak taip fasal ATHEIST.
dude,
aku sedih.
sebab budak 18 tahun pun dah atheist.
we are talking about malay-muslim ok.
whyyy?????????
T_T

mana aku cekau fasal budak tu?
sudah tentulahhhh FACEBOOK!
big shocker gila
stalk page budak tu -memang aku suka stalk page orang.aha-
pergi buka puasa.aiii...tahu pula dia nak buka puasa..~

dia cakap, budak dorm dia semua tahu dah dia tu atheist.
astaghfirullahhhh..
kalau kalian rajin, pergi ke page Belia Benci Bapok.
si atheist semua provok-memprovok dalam page tu.
oihhh
sakit hati baca.
tapi.....aku hanya mampu bersedih,berdoa.

aku fikir satu sahaja,,
mak ayah mereka tak ajar ke agama?
atau..terlalu pandai sampai cakap agama itu satu pembohongan?
astaghfirullah
-serius aku banyak kali istighfar,mengucap bila tengok profile si atheists sekaliann-

T_T
moga Allah beri petunjuk!


p/s: yang seramnya, one of the atheists add akuu..huuuuuuuuuu.~

Sunday, September 19, 2010

exam yang mantap.




mari berjuang!! ~pic by muslimultimedia on deviantArt~
bismillah.

exam tak start lagi.
aku dah komen exam mantap.
itu dinamakan positive minded!
mwahahaha!

bahkan,buku pun aku tak sentuh.
rasa dol sahaja bawa buku,tapi tak baca!
woiiii!
rasa nak menjerit pula aku.
tapi asalkan bawa balik rumah kan?
ekekeke.

kemungkinan besar tidak dapat online di nilai.
sebab aku rasa brader cc tu format laptop aku.
habis setting untuk wi-fi uia disappear!
terima kasih brader CC.
membuatkan aku tidak dapat online waktu exam.

ok.
dah.
salam
-off to nilai-

p/s: tak bawa apa-apa untuk budak dorm raya ni..ahh..bersalah pula aku rasaa!!

Saturday, September 18, 2010

marah.tidur


lebih kepada benganglah. pic by muslimultimedia on deviantArt.

bismillah.

untuk mengelakkan marah itu tidak melampau-lampau dan
tidak mengamuk,
aku blah dan aku tidur.
sekian.

Wednesday, September 15, 2010

INI PALSU.please take note ok.

bismillah.
mari menambah pengetahuan.
mengenai hadis.
peh.
hadis ini popular aku rasa.
aku pernah dengar hadis ni lemah dan sebagainya
tapi tak dapat penjelasan yang detail seperti yang akan dihidangkan sebentar lagi.
-padahal boleh sahaja aku google.-
tak apa.memandangkan seorang sahabat fb telah memberitahu mengenai darjat hadis ni,
marilah kita sama-sama menghayati sebab musabab ia menjadi hadis palsu.

MENUNUT ILMU SAMPAI KE
NEGERI CHINA

Tuntutlah ilmu
walaupun sampai ke negeri
China.

1) Periwayat-periwayat hadith:
- Ibnu ‘Adi
- Abu Nu’aim
- Ibnu ‘Abd al-Barr
- al-Baihaqi
- al-Khathib

2) Darjat Hadith:
- Palsu

عْوُضْوَم
3) Sebabnya:
Didalam sanadnya terdapatseorang perawi bernama Abu‘ Aa-tikah Thorii-f bin Salman:
- Kata al-Bukhari: Ia seorangyang mungkar hadithnya.
- Kata an-Nasaa-i: Ia tidak thiqah(kepercayaan).
- Kata as-Sulaimaa-ni (Ahmadbin Ali bin Amar Abu al-Fadhl as-Sulaimaa-ni): Ia termasuk dari
kalangan orang yang dikenalisebagai pemalsu hadith.
- Kata ad-Daa-ruquthni dan IbnuHajar: Ia lemah.
- Kata az-Zahabi: Disepakati atas kelemahannya.
- Ahmad mengengkari hadith ini dengan keengkaran yang bersangatan (sangat keras).
- Kata Ibnu Hibban: Hadith ini bathil, tiada asalnya.
- Ibnu al-Jauzi meletakkan hadith ini didalam kitabnya “al-
Maudhu’aa-t” (Hadith-hadithPalsu).

Daftar Rujukan:
1) at-Taa-rikh al-Kabii-r,Muhammad bin Ismail al-Bukhari.
2) ad-Dhu ’afaa-k Wa al-Matruu-kin, Ahmad bin Syu’aib an-Nasaa-i.
3) Tahzib at-Tahzib, Ibnu Hajar al- ’Asqalaa-ni.
4) Mii-zan al-I’tidal, Syamsuddinaz-Zahabi.
5) Tazkirah al-Huffaa-z,Syamsuddin az-Zahabi.
6) al-Maudhu ’aa-t, Abd ar-Rahman bin al-Jauzi.
7) As-Syazarah, Muhammad binThuu-luu-n as-Soo-lihi.
Silsilah al-Ahaa-dith ad-Dho’iefah Wa al-Maudhuu-’ah,Muhammad Naa-siruddin al-Albaa-ni.


wallahu'a'lam.....

Tuesday, September 14, 2010

masa.sangat.cepat.berlalu.moga Allah redha

tak jumpa mana arah katebang tu terbang.
tinggi macam galah!
bismillah.

wahai saudara abul akmal arif.-aku tak tahu kau baca ke tak blog aku.sukahati-
dah setahun dah kau menapak di Misra sana.
memang cepat sangaaattt masa berlalu.mantap.
tapi kehilangan kau di Malaysia ini amatlah dirasai
sehingga sekarang.
(eceeehhhh)ahaha

aku tak tahu kenapa.
aku nak sangat pergi mesir.
abang aku cakap,"kau nak buat apa g sane?sekular kau tau x kat sane."
lantaklahhh.aku bukannya nak kerja sana punn.ahah.
aku nak bersiar-siar.boleh?tak nak study.nak jalan-jalan.
-amboi kauuu.belajar di uia tak habis lagi,dah berangannn!-

ahh.habis ijazah berambuslah ke sana.insyaAllah
jalan-jalan.-macamlahh banyak duit kauu-

tapi serius.
bebudak yang dapat pergi mesir semua aku jeles habissss..
aku ada dapat mesej,ada budak ni nak pergi mesir.
dapat offer.
aku baca mesej tu,aku dah sayuuuu!
aku bagai nak gila teringin pergi mesir,kau pula yang dapat!
hm!tak apa.adalah hikmah nya kannnn.

maka,kepada mereka yang duduk di mesir itu,
beruntunglah kaliannn.
dapat belajar di ardhu kinanah.
wahhhh.syahdulah kau wanii.
-belajar mana-mana pun samalah wani-
mana ada!tak sama!hahaha!
mesir ada firaun,uia tak ada!hahaha!
dodol.

tak apa.tak apa.
kalau aku teruskan penulisan mengenai mesir ni,
tumpas juga aku nanti nii.
sedihhhh.
-dahlah tuu wanii.kau pergi study sana!final exam kan??-

22 sept-computer,sorf
24 sept-kitabah
27 sept-intro to human sciences
28 sept-NAHU!!!

...اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين والممتازين في الدين في الامتحان في الدنيا والآخرة
...آمين

p/s: pengakuan jujur : aku pernah satu hari tu, angau pada mesir.
aku lukis piramid,pokok tamar,padang pasir,dengan sphinx.kau gilalah wani!