Tuesday, December 07, 2010

penterjemahan

Sheikh Nabil Ali Al Awadhiy.
assignment.group work.
15 markah mungkin.
kena terjemah.
dengar khutbah,pilih 3 cerita, salin apa yang didengar,translate!
lebih 10 kali dengar khutbah.
tapi bukan macam khutbah jumaat tu.
dalam khutbah tu,ada banyakkk cerita.
cerita teladan la.
kisah nabi,kisah wanita dan doktor,kisah orang majusi la apa laa..
nama khotib tu, Sheikh Nabil Ali Al Awadhiy.dari Kuwait,umur 40 tahun.
suara dia macam Ustaz Zahazan.hihiih
aku pilih kisah nabi ibrahim
serius pening.
tapi senang sahaja nak translate,kalau vocab kau banyakk laa kann..
dan seronok.
guna kamus mawreed.peh.mantop.

dan aku rasa nak muntah baca terjemahan sendiri.
sobsobsob.
ini hasilnya:
KISAH NABI IBRAHIM ‘ALAIHIS SALAAM

Umurnya pada ketika itu 16 tahun. Walaupun umurnya masih muda namun hatinya dipenuhi dengan keimanan,keyakinan dan ketakwaan kepada ALLAH. Baginda memusnahkan berhala – berhala dan tidak mempedulikannya. Baginda mengajak mereka beriman kepada Allah dan mereka juga tidak mempedulikan ajakan baginda. Maka berkatalah penyembah – penyembah berhala , “ Bakarlah dia dan bantulah tuhan – tuhan kamu jika kamu benar – benar hendak berbuat demikian.” – Surah al Anbiya’ ayat 68. Cukup sebulan, para penyembah berhala mengumpul kayu – kayu api hanya untuk membakar Nabi Ibrahim dan mengikat baginda dengan besi. Dalam tempoh sebulan itu, mereka mempersembahkan kepada berhala – berhala mereka dengan mengumpulkan kayu – kayu. Walaupun belum sampai hari yang telah dijanjikan, masyarakat telah berkumpul dan di antara mereka adalah ayah dan ibu Nabi Ibrahim untuk menunggu pembakaran Nabi Ibrahim. Baginda tidak dapat bergerak ke mana – mana. Api marak menyala dan andainya seekor burung yang terbang di atasnya akan jatuh kerana kepanasan api tersebut. Muncullah Jibril a.s, penghulu sekalian malaikat dan berkata kepada Nabi Ibrahim. “ Wahai Ibrahim, Allah berkehendak ke atas kamu. Kejayaan belum lagi milik kamu, akan tetapi kemenangan yang hakiki adalah dengan kembali kepada Allah. Maka benarlah. Dan malaikat berbicara dengan Tuhannya di langit, “ Ya Allah, ini kekasihMu.” Dan Allah berkata kepada mereka,” Tiadalah di bumi ini seorang kekasih yang lain seumpama dengan baginda.” Malaikat berkata,” Adakah Kau akan memberi kemenangan kepadaku wahai Tuhanku?” Allah berkata, “ Ya, ini antara aku dan kekasih-Ku.” Maka Nabi Ibrahim berterus – terusan berzikir kepada Allah dengan menyebut," cukuplah Allah sebaik – baik penjaga." Kemudian Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api yang menjulang – julang dan semua yang berada di situ berdiri di tempat masing – masing. Mereka menunggu bagaimana pemuda kecil itu akan terbakar. Sebelum baginda dicampak ke dalam api, Allah berfirman di dalam Surah Anbiya’ ayat 69: “Kami (Allah) berfirman: Wahai api! Jadilah kamu dingin, dan penyelamat bagi Ibrahim.” Kemudian Nabi Ibrahim bangun dan badannya selamat daripada menjadi abu. Baginda kemudian mengagung – agungkan Allah dan berselawat ke atasNya. Allah berfirman, “Dan mereka hendak berbuat jahat terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka itu orang yang paling rugi.”


Saturday, December 04, 2010

bahasa arab dalam rumi.

fi hammin.
la yujad as syakhs fil fahmi anni
astakhdimu lughotul aakhar liyur'adhu syu'urii
aiqontu annasul lazi yaqra' hazihil maqolah fa' fuanni
liannani fii hazinah wa lastu fil farhi
asy'uru hum sayafrahuun indal mauta ya'tii
wa fi zaalikal waqt,kullun fi haziinati awil saadatii?
a'taqidu hum yuhibbuna bi zihaabi
fa hum fi aaaman fi kulli saati
wa ana?
lastu bil a'rifi.
lianni
lastu fi hazal aalami..

serius aku taip sajak ni dohhhhhhhh
tak faham?
I LIKEEEEEEEEEE
[hasil daripada pembelajaran adab wa nusus,aku semakin suka syair arab.emo habis dan cunnnnnnn!]

p/s:dont use google translator..nahu sorof aku berterabur dalam ni..tapi ini sajak sedih.haha dan aku tak faham kenapa aku 'haha' sebentar tadi.


Thursday, December 02, 2010

aku rasa.

aku rasa dol.
sekian.

-dengar luahan orang serius senang.nak luah diri sendiri punya?aku nak sahaja jumpa pakar psikologi.-