
Meneliti setiap kalimah yang ditulis dari kanan ke kiri. Tiap hari begitu rutin aku. Seronok. Lagi lagi Balaghah. Indah. Tersentuh. Tapi kalau dah tak faham.......ZzzZz. Bukan tidur. Mengelamun. Capai telefon bimbit. Taip mesej. Tersenyum sendirian. Yesss.. Date sudah diatur. Group discussion wajib dilaksanakan. Maklumlah, diri ini tak pandai. Serius. Kadang-kadang rasa nak keluar dari UIA. Ehh..kerja gila. Tak boleh! Jangan nak mengada-ngada. Fokus. Semester terakhir di Pusat Asasi ini.. Finish what you've started. Oh. Tentang Balaghah.
Yang palingggggggg aku tersentuh dan membuatkan aku rasa.........[undefined] adalah ayat ini:
إن مع العسر يسرا
ustaz tanya:
why does the word العسر comes with 'ال'?
why does it makrifah?
and why does the word يسرا comes without 'ال' ?
Diam. Sunyi. Semua mulut terkunci. Menunggu penerangan Ustaz Maad yang selanjutnya. Aku?
Aku teruja. Sebab Ustaz Maad menerangkan dengan keterujaan dia juga. Aku terikut 'excited' sama..
Ustaz sambung lagi..
“well..because with one difficulty,[العسر] Allah can solves it with manyyy different wayss [يسرا]”
Aku pandang ustaz. Pandang ayat itu semula. Hayati. Kutuk diri juga kenapa aku tak perasan sebelum sebelum ini. Arghh..
Tapi. Alhamdulillah aku dah tahu..
Aku tersentuh gila dengan ayat ni. Bergenang air mata aku[haha].
Subhanallah! Maha Suci Allah! Allahuakbar! Allah Maha Besar!
Sungguh Dia sayang hambaNya..kenapa hamba Dia ni masih tidak lagi bersyukur?
Lupa untuk bersyukur?[Lalai!]
Dia bagi satu kesusahan tapi Dia boleh selesaikan kesusahan/masalah kita dengan PELBAGAI cara.. Subhanallah.
nothing is impossible to Him-Ustaz Maad menambah.
Dah tu,kenapa kau bersedih lagi? Apa lagi yang tak cukup? Udara yang kau sedut saban waktu, tiap detik dan ketika, ada kau pernah ucap Alhamdulillah atas nikmat udara yang diberi percuma olehNya? Dia tak berkira langsung dengan kita. Kita? Berkira nak beribadah pada Dia. Banyak alasan. Banyak kekangan [kononnnya]. Poodaahh.. Kau ingat kau ada kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman? Sibuk benar ke? Sibuk sangat ke sampai nak bangun tengah malam,mengadu,mengharap padaNya pun jadi benda yang paling sukar? Ahh..manusia. Lalai!
KAU LALAI! KAU SOMBONG. EGO. BONGKAK.
Sedarlah diri tu sikit. Kau tu hamba. Hamba yang hina. Penuh dengan dosa. Siang dan malam. Kau tahu dosa kau banyak mana? Pahala kau banyak mana? Itu semua rahsia Allah. Kau beramal,beribadah, akan dicatit di kanan kau. Buat sebaliknya, kiri kaulah akan dipenuhi dengan catitan yang.........buruk. Nauzubillah!
Itu yang aku dapat serba sedikit dari satu ayat yang memang memberi kesannnn yang mendalam terhadap hati aku yang selalu lalai ni.
إن الله غفور الرحيم
iluvAllah.
Period.
p/s:peringatan untuk diri yang mudah lupa
[dan keinginan aku untuk ke tempat itu,sekali lagi,membuak-buak.hanya Allah sahaja yang tahu betapa mahunya aku ingin ke sana. Orang tak faham kenapa, tapi Allah tahu. Itu sudah cukup bagi aku. Ya robb,arjuuka ya robb.]