Wednesday, November 10, 2010

terima kasih

"g mati la dgn dia.aku tlg die,sikit pn xappreciate.bla la."

"terima kasih pun tak ucap.hampeh gila"

"semua aku dah buat untuk dia,tak reti nak berterima kasih ke?"

dan dialog dialog lain yang menunjukkan ketidak puas hatian dan tiada penghargaan terhadap seseorang yang bersusah payah menolong si susah.

dulu aku macam ni:
"kau cari aku time kau susah,bila kau senang,kau blah.g mam la woi"

sekarang aku macam ni:
"sukahati dialah.asalkan Allah tahu apa aku buat.Dia yang menerima amalan aku.sejauh mana aku ikhlas......"

ya.memang betul.
orang yang tak bersyukur pada manusia bererti dia juga tak bersyukur pada Allah..
setuju sangatttt...

tapi.
kalau dia terlupa nak ucap terima kasih,tak sempat ke apa....
bagaimana?
mungkin dia doakan kita lepas kita tolong dia itu ini.
mungkin dia belanja kita tanpa kita sedar itu balasan dia pada kita.
mungkin dia rasa kita tak perlukan ucapan terima kasih itu.
itu semua kemungkinan.
husnu zhon.hoho.

manusia ni nak dengar apa yang dia nak dengar.
bila kita dah tolong orang,sah sahlah kita nak dengar ucapan penghargaan dari orang tu.
betul tak?
kalau tak ucap terima kasih,tak beradab.
fikir kita.

tapi seberat mana pun mulut seseorang tu nak ucap terima kasih,
di lubuk hati dia yang paling dalam sudah teucap,
"terima kasih banyak banyak"
malah selepas minta pertolongan lagi dia dah ucap dalam hati dia.

hati manusia.siapa yang tahu melainkan Dia kan?
tapi melalui ekspresi muka,bahasa badan juga kita tahu dia menghargai kita.
muka ni menceritakan segala-galanya di dalam hati.
tak boleh bendung laaaa.aku tahu.
aku dah buat experiment.kahkahkah.

senyum,mengerdipkan mata,membongkokkan sedikit badan,kepala.
universal language in saying thank you.
setuju atau tak?
aku setuju.
tapi lebih bagus ucap sendiri dari mulut dan menggabungkannya dengan body language dan
ekspresi muka yang menyenangkan.

“Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak mensyukuri Allah”. (Hadith riwayat Ahmad dan At-Tirmizi. Kata Al-Albani: Sahih)


RINGANKAN MULUT UCAP TERIMA KASIH DAN MURAHKAN DIRI DENGAN SENYUMAN
maka,
TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG BERSABAR MELAYAN KERENAH AKU YANG....................
-you know-
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.
ALHAMDULILLAH

p/s:idea ini tetiba datang semasa di pembaringan sebelum ke kelas.aku nak tulis fasal balaghah sebenarnya,nanti2 laaaa.seronok baiiiiiii balaghah!touching habis aku belajar balaghah..sob3-serius!-

3 comments :

Menang atau Syahid Adwa'. said...

wani, adakah ini untuk aku T_________T
syukron jazilan wani!

女 said...

why do u even exist?
dan perasan gila pula tu!
lepas tu sesedap kauuu sahaja panggil aku wani!
JANGAN PANGGIL AKU WANI.
samdol.

Anonymous said...

wah...husnu zhon!! bestnya article ni!