Thursday, May 20, 2010

bismillah..

dah nak buka sem barulah tangan menggatal hendak menekan-nekan papan kekunci di blog hidup segan mati tak mahu ini...urgh.
tapi tak apa.
aku akan taip apa yang aku nak within a week more to go before masuk CFS IIUM semula.

apa yang berlaku sepanjang dua bulan lepas?
oh..aku rasa seronok pula berbahasa baku.
tapi di alam maya sahajalah..nak tengok aku menaip SMS begini,
memang lamalah nak reply satu mesej kalian..ohohoh.
ini semua pengaruh sahabatku.-you know who you are-

sepanjang cuti ini.aku berjaya dengan izin Allah untuk:
-mengikat tali leher.haha.i'm a fast learner.(koya)
-membuat pancakes.oh.sedap!
-membalut buku.(ya.dulu aku tak tahu caranya.)
-overcome my fear to open my eyes in the water.(berjaya!)
-menghabiskan buku-buku ilmiah.untuk perkongsian jiwa.(tetapi tidak semua)
-membuat spagheti.
-membuat puding kastad berkuah.

itu sahaja mungkin.tapi aku syukur.alhamdulillah.
Allah izinkan aku buat segalanya dengan mudah walaupun ada sahaja dugaan.
dugaan mendatang untuk uji keimanan.Allah sayang hambaNya.la yukallifullahu nafsan illa wus'aha.. =)

seorang sahabat memberi buku bertajuk 50 pesan Rasulullah pada Wanita.
aku baru baca 9 bab.sungguh aku suka buku itu.pesanan daripada Rasulullah tu..
bukankah berharga?lagi-lagi untuk wanita.sungguh sayang Rasulullah terhadap ummatnya.
-tiada yang menggembirakan aku selain diberi buku ilmiah =)

kalau perempuan lain di luar sana tergila-gilakan beg,kasut,baju dan seumpamanya,
aku pula craving for books.
maaflah.kalau sesiapa ajak aku keluar,memang sasaran utama aku adalah kedai buku.
orang sekarang ramai sudah tidak minat baca buku..macam-macam kempen dah dilancarkan.
BUKU@LRT contohnya.menggalakkan pengguna train membaca buku di dalam train.
kalau sesak dan padat seperti diibaratkan sardin di dalam tin,selesakah membaca buku?bagi aku tidak.haha.

tapi ada sahaja buku yang aku kurang minat.contohnya buku yang memang perlu dibaca untuk menjawab peperiksaan.peh.liat sungguh hendak mencapai buku itu.
dugaan.moga Allah permudahkan segalanya nanti.

maaf.post agak panjang.maklumlah,sudah lama tidak menaip.
semoga Allah redha.=)

barakallahufikum.jzkk whoever reads this.thanks.

3 comments :

Anonymous said...

tiada shoutmix ke??
aku baru nak memekak
boleh buang word verification ini??
kasihan pada okr(orang kurang rajin)
ahahaha

said...

adalah.
kau yang tak nampak
member aku pun boleh sahaja memekak.
nantilah aku buang.
kurang rajinlah sangat.pemalas sudah.
-aku kenal kau siapa.haha-

Anonymous said...

aku anonymous
siapa lagi
internet rumah aku slow