Thursday, June 17, 2010

dah digaul.beginilah rupanya.haha.spaghetti.
layankan sahaja..

bismillah..
alhamdulillah..dah bulan rejab dahh...ramai yang berpuasa.
baguslah kalian ini..sejuk hati aku menjadi salah seorang sahabat kalian..haha.
moga Allah redha.
itulah,di uia aku rasa dah macam bulan Ramadhan.sebab ramai sangat yang puasa.
iftar jamaie beramai-ramai, solat jemaah, pendek kata, memang aura Ramadhan itu terasalah.
moga istiqamah.

kalau kalian perasan,cuaca sangat menenangkan..tak panas sangat macam bulan-bulan lepas..
tapi sejuklah mata memandang..subhanallah.aku suka.
terasa rahmatNya disebarkan ke seluruh alam..alhamdulillah.

aku sebenarnya tengah buat powerpoint arab.mencari bagai nak gila buku rujukan di pustaka.
tapi belum gila lagilah.aku dengan wan siti nur fatimah bt mohd hatta berganding bahu bagi menjayakan presentation arab ini kelak..ayat aku memang tak boleh " bla"..haha
baru siap 45% mungkin..
lepas itu buat artikel bahasa arab pula untuk kerja berkumpulan.buat Majalah Arab baii..
aku mengambil keputusan untuk menulis artikel yang berkaitan mengenai makanan.
idea itu ada,tapi cuma belum dilontarkan sahaja..
aku perlu suasana yang tenang untuk menulis seperti sekarang.
semua pergi kelas.aku dan beberapa rakan lain sahaja belum pergi lagi.
bukan apa,kelas aku mula pukul 10 hari ini.sila faham.


ayam golek tak datang bergolek dengan sendirinya dan spaghetti yang berjuntai-juntai.
alhamdulillah.abang dan mak aku memang baik.hahah.
datang tanpa berjemput (maksudnya aku tak minta pun dia datang uia ni), dia bagi aku ayam golek baii..waktu itu memang aku kelaparan+kepokaian melanda.
Allah Maha Memahami hambaNya,lantas memberi rezeki melalui abang aku.peh.indah sungguh hari itu...T_T
spaghetti pula memang aku dah lama tunggu.tapi tak tahulah pula aku mak aku nak buat surprise..semalam dimasakkannya spaghetti untuk aku...ini yang aku terharu ini..haha..
surprise yang salah 'timing'nya.kenapa?sebab aku ada kelas pukul 8,memang taklah aku hendak turun menggendong spaghetti setelah abang aku missed call aku berkali-kali...
ending nya, "aku datang petang kanglah.." =.="
bayangkan dari pukul 8 pagi,tunggu pukul 6 petang, memang azab.haha.
tapi sabar sahajalah kann..terima kasih emak dan abang aku yang mulia hati bagi aku dan kawan-kawan aku makan makanan yang seronok..alhamdulillah.

dah.kelas memanggil.tapi aku tak pasti kelas ada atau tidak.hari itu madam sakit.kasihan dia.
moga Allah permudahkan urusan..

p/s : aku suka segala kelas untuk semester ini.alhamdulillah.thank you Allah. =)

istaudi'ukumullah..

No comments :