Sunday, August 22, 2010


pink ohhh...tak lawa.ergh.

ramai yang tak tahu.aku pun.lepas itu,aku baru tahu.aku buat benda ni.hoho

bismillah.
-seperti apa yang dalam gambar itu tertulis,ramadan kareem-

jawabnya, Allahu Akram
tapi budak kelas aku seorang ini,lelaki,
ustaz tanya dia, apa jawapan bila orang ucap ramadan kareem,,,,
ustaz : ha,apa jawabnya yunus (bajet bukan nama sebenar)?
yunus: lapar.-nada yang sangat tak ada perasaan-

(satu kelas gelak.hahahaha)

ustaz : sebab itu saya suka kamu yunus.(haha)

hampehlah yunus.buat lawak first ramadhan hari itu.
bahak aku gelak.hahaha.
bagus juga,tak adalah aku mengantuk.

gambar di atas adalah hasil ketidak kreatifan aku dan
kecetekan ilmu aku mengenai adobe Photoshop.
sedih tak dapat buat typography dengan cemerlang..T___T
aku buat apa yang aku tahu sahajalahh..

ada lagi satu gambar. warna pink.
kenapa pink? sebab love.
love ramadhan tu lah.
buang tabiat betul aku buat warna pink.
tapi sebab nak serasikan dengan love+pink,terpaksalah.

apa hal aku buat semua-semua ini?
sebab aku tengah mencuba nasib dalam contest Remaja Raikan Ramadhan (3R)
di facebook.
contest buat wallpaper sempena bulan Ramadhan.
orang lain punya semua cantik+kreatif+ramai likes dan komen.
aku punya? errr..lantak kaulah.haha!
dah dua wallpaper aku submit.
terlebih rajin aku.(mentang-mentang assignments arab semua dah sempurna,alhamdulillah,
aku banyaklah masa kann..konon-konon banyak masa.padahal buku tak berbaca!)

quizzes,final exam.itu sahaja yang tinggal.
final episodes in sem 3 makin menjelang.
tak sabar!
semester 4 pula menunggu..takut.takut.
takut sebab ada adab wa nusus,balaghah,istima' wa muhadathah.
subjek gempak semuanya.moga Allah redha.
FIKIR,JANGAN KHUATIR..tapi aku lebih kepada khuatir daripada fikir..
hishhh..

P/S : sangatlah random aku tulis sekarang ini. tumblr dan blogger.dua-dua aku cuba aktif. tamak? biarlah.

No comments :