Friday, May 28, 2010

kelmarin.

ya kelmarin.pergi beli barang.
nak masuk UIA lah katakan...segala barang yang perlu dibeli aku listkan.stok untuk 3 bulan wehh..sila faham.
pergi The Store,terus ke children's apparel..haha.kenapa children's apparel?sebab di situ sahajalah aku dapat beli seluar track.serius.cheetah junior lagi wehhh..gempak tak?haha.
lepas itu bodek mak aku kejap nak beli seluar slack sehelai pun jadilah..T_T
dah lama tak beli seluar slack..syahdu ah.
belek-belek,peh.mahal.tak jadi.
kononnya pergilah tengok jenama lain kan,manalah tahu kalau ada murah sikit ke..heh.murahlah sangat!rm30++.sakit jiwa aku.padahal seluar stok kanak-kanak saja pun.huh.mahal betul.tapi aku memang nak seluar sehelai.lepas itu aku cakaplah dengan mak aku,"takpelah mak,bulan depan jelahh..mahal gilee!"

ya lah.lepas itu aku beleklah lagi kann..haha.mak aku cakap "kau nak jugak ke seluar?amiklah satu ni ha.."
whoaaa......teruja.haha.kasihan mak kan?
T.T.TERIMA KASIH EMAK.
dan terujalah aku dengan seluar kanak-kanak ini.saiz 12.haha.Snails and Sons wehh!!hhaha!

lepas itu pergi ke Marrybrown.mak aku lapar.aku kenyang.sebab dah makan nasi.layan perut sebentar dan pergi ke Guardian pula..macam-macam kan aku ini?
oh jangan risau..aku bukan kaki shopping!!
aku beli keperluan sahaja...
dan mulalah aku beli syampu,sabun,ubat gigi,berus gigi dan seangkatan dengannya..
dapat diskaun apa entah.syukur alhamdulillah..=)
TERIMA KASIH EMAK.

next stop adalah supermarket The Store itu sendiri..makanan pula.stok makanan memang penting..tapi biskut yang aku cari tak jumpa..sakit betul.tapi dapat apa yang ada,sudah memadai,di nilai nanti aku topap lah mana yang tak cukup..heh.padahal lebih dari cukup..mak aku beli hadiah untuk anak murid dia yang dapat markah gempak dalam ujian agama.pandaiiii budak-budak itu..markah 90++ sahaja.aku beli pen,kertas,pemadam di bahagian stationery.
TERIMA KASIH EMAK. =)

tetiba aku terlupa nak beli sabun basuh baju..memanglah aku pelupa.singgah Giant Ampangan sebentar.dalam masa yang sama aku haraplah ada biskut yang aku nak itu..
malangnya tiada juga.pembuat biskut itu lupa nak bakar biskut itu agaknya..erghh..
lepas beli semua,balik.penatlah.tapi,
TERIMA KASIH EMAK.=)

di rumah,mulalah piranha semua nak selongkar barang aku......
abang aku lah weii..siapa lagi kann..
bersepahlah barang semua.kutip balik.nasib baik makanan dia tak nampak.kalau tak...haru!!

apa-apa pun.TERIMA KASIH EMAK.emak aku kepenatan.aku masih lagi tegar.darah muda la katakan.hahahaha
masa untuk pack barang.tak nak bawa baju banyak-banyak...
semak sahaja...=.="

panjangnya post ini!!
BIARLAH!!
JZKK 4 READING THIS!! =)

No comments :