Wednesday, May 26, 2010

lempeng pisang.tak perlu resepi pun aku rasa.haha.
bismillah.

post lagi!
hoho.seronok pula tulis di minit terakhir sebelum masuk UIA semula.
ta'aruf week tengah berjalan sekarang di UIA PJ dan aku tiada kaitan.
tapi dengar-dengar pelajar lelaki yang mengambil kos bahasa Arab hanyalah 30 orang sahaja.
sedih bukan? ramai yang memandang rendah terhadap kos bahasa.heh.tengoklah nanti.
yang perempuan,aku tidak tahu.tidak dimaklumkan pula.
harapnya,lebih ramailah daripada pelajar lelaki..

ada satu artikel itu aku terbaca. mestilah mengenai makanan.
aku kalau baca artikel mesti fasal makanan,fakta kesihatan, dan benda yang orang jarang baca.haha.poyo.
yang artikel itu,aku baca di yahoo news.mengenai dunia masakan.10 things a chef will not tell you to do or something like that.aku lupa.
antaranya, baca resepi, rasa makanan, give the food a stir and let it rest (kira macam tak perlu la kau nak kacau makanan kau semata-mata nak tunjuk kau hebat memasak) , ada lagi.aku tak berapa nak ingat.tapi serius menarik.
ramai tak baca resepi,kalau baca pun, baca sikit lepas itu buat resepi sendiri.haha.kalau dah hebat,bolehlah buat begitu.kalau amateur bagaimana?

esok start packing barang mungkin.
ya.aku memang suka packing awal-awal.haha.
harap dapat katil bawah!!

No comments :